5 masjid ikonik di Melaka yang harus korang lawati
Kalau korang datang Melaka dan nak jalan-jalan ke tempat yang lain sikit dari biasa, korang boleh lah melawat beberapa masjid ikonik yang ada dekat Melaka ni. Bawah ni aku senaraikan 5 masjid yang korang boleh singgah kalau korang tengah cari tempat solat dan pada masa sama dapat menghayati keindahan seni bina masjid-masjid tersebut. Zasss...jom.. Masjid Selat Pertama sekali aku cadangkan korang boleh pergi masjid selat sebab lokasi dia tak jauh dari bandar Melaka. Dalam 10 minit pun boleh sampai. Masjid ni terletak di Pulau Melaka. Dibina betul-betul ditepian laut selat Melaka, masjid ini kelihatan seakan terapung ketika air pasang. Ruang solat yang disediakan memang luas. Sungguh damai dan khusyuk solat dekat sini. Boleh dengar bunyi ombak menghempas pantai sambil rasa angin sepoi-sepoi bahasa. Masjid ni menerima kunjungan bukan sahaja pelancong yang beragama islam, tapi yang bukan islam pun dibenarkan untuk melawat, dengan syarat diorang memakai p...